Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Jual Buku Abu Dzar: Suara Parau Menentang Penindasan

Judul: Abu Dzar: Suara Parau Menentang Penindasan
Penulis: Ali Syari’ati
Penerbit: Muthahhari Paperbacks, 2001
Tebal: 69 halaman
Kondisi: Stok lama (cukup)
Stok kosong

Buku yang berkulit hijau, kecil dan nipis ini mengandungi isi yang sangat merangsang bagi jiwa-jiwa yang ingin berjuang dan kekal berjuang di dalam jalan Allah. Buku ini menceritakan riwayat hidup sahabat akrab nabi yang tetap kekal di dalam Islam Muhammadi yang hakikat baik semasa zaman hidup Rasuallah s.a.w mahupun setelah wafatnya nabi dan sehingga akhir hayatnya juga ia tetap kekal sebagai seorang mukmin yang sejati. Abu Dzar Al-Ghifari adalah seorang pemuda dari suku kaum Ghifar yang menduduki padang pasir tandus dan miskin di Rabadzah. Suku Kaum Ghifar sangat terkenal dengan kedegilan, kejahatannya, pelanggaran undang-undang, badui, keganasan, perompak dan miskin. Di dalam buku berharga ini menceritakan dua period zaman kehidupan Abu Dzar iaitu ketika zaman bersama nabi dan zaman setelah wafat nabi.

Abu Dzar sejak dari usia muda meragui akan penyembahan berhala-berhala yang lazim dilakukan oleh nenek-moyang beliau, kerana hatinya telah mengalahkan akalnya untuk mengatakan bahawa berhala itu hanya sekadar batu bisu dan dogol. Hatinya merasakan bahawa ada wujud yang sangat berkuasa iaitu Allah walaupun beliau belum berjumpa nabi ketika itu. Buku ini juga menceritakan bagaimana perjalanan orang muslim keempat ini, dalam beliau ingin berjumpa nabi dan lantas terus menaruhkan nyawa, harta dan keluarga demi bersama-sama nabi menyebar luaskan risalah Muhammad.

Setelah wafatnya Rasulallah s.a.w, Abu Dzar terus kekal di wilayah Ali serta tetap memainkan peranan yang sangat besar dalam kebangkitan umat Islam menentang pemerintahan zalim dan demi membela haknya Ahlulbait nabi yang dianiaya. Abu Dzar ketika zaman Khalifah Ustman disifati sebagai seorang yang sangat keras kepala, degil, tabah, takwa dan yakin akan Islam Muhammadi. Beliau banyak mendatangkan masalah kepada keamanan pemerintahan Khalifah Utsman yang pada beliau telah tersasar dari gaya pemerintahan Islam yang dibawa oleh Rasulallah s.a.w. Sistem pemerintahan Khalifah Ustman lebih kepada pendiskriminasian antara golongan pemerintah dan bawahan dan yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin. Pada Abu Dzar, ini merupakan kezaliman yang tidak boleh dibiar mekar dan beliau berpegang pada ayat Al-Quran “Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkan pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka akan siksa yang pedih…” Surah at-Taubah ayat 34-35.

Sahabat akrab nabi dan pencinta Ahlulbaitnya nabi ini selalu memotivasikan dirinya dengan berpandangan bahawa “setiap zaman mempunyai penderitaannya dan setiap generasi mempunyai slogan. Siapa pun yang mengetahui serta mengakui bahawa kitab suci Al-Quran bukanlah hanya sekadar ‘barang suci’, tetapi bahawa Kitab itu merupakan suatu cahaya dan petunjuk, dan setiap generasi pada setiap zaman harus bersandar dengan ayat-ayat yang releven pada zamanya. Sekarang wahyu, keimanan tauhid, kebangkitan dan kenabian Muhammad s.a.w tidak lagi revelan, kerana hal-hal ini semuanya telah diselesaikan, persoalannya sekarang ialah kontradiksi dan diskriminasi golongan, jadi hal ini sesuai dengan ayat itu yang mana merupakan zamannya dan harus bertindak bersesuaian dengannya…”

Di dalam buku berharga ini juga menceritakan penderitaan hidup Abu Dzar dipembuangan, yang mana beliau terpaksa hidup di gurun sahara yang terkenal dengan kegersanganya dan beliau menamatkan riwayat hidupnya dengan mati kelaparan. Nabi pernah bersabda bahawa “beliau akan berjalan sendirian, meninggal sendirian dan akan dibangkitkan sendirian”. Buku ini sangat memberi manfaat kepada mereka yang kehausan sejarah pribadi mukmin, kerana ia akan memotivasikan kita agar mencontohi ketabahan dan keyakinan Abu Dzar suara parau menentang penindasan.